Monday, November 7, 2011

ERTI PENGORBANAN

SESUNGGUHNYA hari raya korban atau hari raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, mengambil sempena Umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Mekah. Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian.


SESUNGGUHNYA hari raya korban atau hari raya Aidiladha membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia ini.



Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, mengambil sempena Umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci, Mekah.



Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu dari Allah supaya berbuat demikian.



Peristiwa itu sebenarnya satu simbolik kepada umat Islam mentaati Allah dengan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkanNya.



Pada hakikatnya, pengertian korban bukan sekadar menyembelih binatang korban dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin, tetapi falsafah korban itu merangkumi aspek yang lebih luas. 



Memperkatakan mengenai erti pengorbanan, Ketua Jabatan Siasah Syariah Universiti Malaya (UM), Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail berkata, dalam masyarakat umat Islam hari ini makna pengorbanan amat luas dan mendalam memandangkan terlalu banyak cabaran yang terpaksa mereka hadapi.



Peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ia memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.



Namun begitu dalam kehidupan hari ini, Dr. Syarifah lebih suka menarik perhatian kepada pengorbanan dalam erti kata yang lebih luas.



Ini termasuklah pengorbanan antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan secara individu, umpamanya pengorbanan isteri terhadap suami dan anak-anak, anak terhadap kedua ibu bapa, begitu juga ibu bapa yang sanggup berkorban demi anak-anak tercinta.



Namun dalam kehidupan hari ini yang kebanyakannya terlalu mengejar kemewahan dan kepentingan diri, masih adakah yang sanggup melakukan dan menaburkan pengorbanan semata-mata kerana Allah s.w.t.



``Dalam menjana pembangunan dan kemajuan hidup, kita sewajarnya menjadikan peristiwa korban itu sebagai inspirasi bagi memajukan kehidupan.



``Berkorban bukan sahaja membawa erti tentang kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan harta atau apa-apa yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan orang lain yang lebih memerlukan, tetapi lebih kepada kesanggupan seseorang untuk berbuat sesuatu untuk tujuan kebaikan,'' ujarnya.



Begitu juga pergorbanan turut dikaitkan dengan nyawa sendiri kadangkala terpaksa dikorbankan demi mempertahankan agama dan umat Islam.



Menurut Syarifah Hayati juga, ibadat korban yang dituntut oleh Islam bertujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan mematuhi segala suruhanNya.



Namun begitu katanya, dalam realiti kehidupan kita hari ini sejauh manakah setiap individu benar-benar memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa itu.


`Kesanggupan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya sendiri Nabi Ismail, bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat setia yang membabi buta, tetapi meyakini bahawa perintah Allah s.w.t. itu harus dipatuhi.


``Malah Allah Taala memberi perintah sedemikian sebagai peringatan kepada umat yang akan datang bahawa adakah mereka sanggup mengorbankan diri, keluarga dan harta benda yang disayangi demi menegakkan perintah Allah. Dan adakah mereka juga sanggup memikul amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi,'' soalnya.



Memperkukuhkan lagi kenyataan beliau berkata, hidup adalah satu perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.



`Tidak akan ada pengorbanan tanpa kesusahan.



`Justeru kesediaan seseorang untuk melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit, tenaga dan masa sekalipun benar-benar menguji keimanan seseorang,'' ujarnya.



Sesungguhnya kata Syarifah Hayati kesediaan seseorang ibu berkorban, dapat membentuk peribadi mulia yang memahami erti keinsafan, bersyukur atas segala nikmat yang diterima dan bertimbang rasa kepada golongan yang kurang bernasib baik.



Malah beliau turut yakin, masyarakat yang terdiri daripada individu bersedia melakukan pergorbanan pasti akan menjadi masyarakat yang kukuh, aman dan bahagia.



Syarifah Hayati berkata, dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan juga dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan.



"Di samping itu juga ia dapat melahirkan sikap penyayang, kasih mengasihi sesama sendiri, serta memupuk sifat suka tolong menolong dan bersedekah,'' ujarnya.



Namun beliau berpendapat, ibadat korban seharusnya dibuat atas dasar keikhlasan serta keredhaan Allah semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada.



`Peristiwa korban ini merupakan satu detik kejadian yang dapat ditanam oleh semua manusia dari semua peringkat usia dan latar belakang serta ilmu pengetahuan mereka.



`Dengan kata lain semangat berkorban adalah tuntutan paling besar sama ada dalam lingkungan keluarga, masyarakat mahupun, agama bangsa dan negara,'' ujarnya.



Sumber: Utusan Online


So, bercakap pasal pengorbanan, apakah pengorbanan yang pernah anda lakukan? Kita selalu mengeluh apabila berlaku kesusahan dalam hidup kita dan sering mengalahkan takdir. Tapi pernahkah kita berfikir, apakah pengorbanan kita yang pernah kita lakukan pada agama, keluarga dan masyarakat. Macam aku, pengorbanan ibu bapa aku dalam membesarkan kami adik-beradik seramai 12 orang merupakan pengorbanan yang tidak mampu aku balas sehingga akhir hayat aku. Walau pun ayah aku hanya merupakan bekas pemandu lori, tapi kami sedikit pun tidak pernah merasa kesusahan dalam hidup kami, cukup pakaian dan makan walaupun tidak semewah orang lain. 

Aku juga ingin menceritakan pengalaman aku mengorbankan kegembiraan aku demi melihat insan lain gembira walaupun hati aku pada suatu ketika dulu sakit dan sedih sesangat. Perkara ini terjadi masa aku mula mengenal erti cinta. Percintaan pertamaku bermula semasa aku sedang belajar tahun 3 di sebuah universiti tempatan. Selepas abis belajar, aku membawa diri ke kampung halaman aku di utara tanah air, manakala ex aku pulang mengajar di kampungnya di johor. Percintaan kami berlarutan selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, percintaan kami tidak bertahan lama, kami terpaksa berpisah apabila hilang kepercayaan antara satu sama lain. Aku juga terpaksa melepaskan dia pergi demi ibunya. Ibunya sebenarnya ingin menjodohkan dia dengan anak kawan ibunya yang merupakan sekampung dengannya. Aku tidak mahu dia menjadi anak derhaka. Aku sedar ibunya tidak berkenaan denganku sejak belajar di universiti lagi memandangkan jarak yang menjadi pemisah antara kami, umpama cinta kutub utara dan kutub selatan, tapi aku meneruskan juga sebab sayangku padanya. Tapi baru aku sedar, tiada guna kalo hubungan kami diteruskan kalo tiada restu daripada kedua-dua ibubapa kami berdua. Aku terpaksa akur dan memilih untuk berpisah dengannya dengan cara baik. Walau pun dia dah berkahwin dengan pilihan keluarganya, aku dan dia masih menjadi kawan. Tapi aku bersyukur sesangat, Allah S.W.T Maha Adil, Dia telah mengurniakan aku pengganti yang jauh lebih baik dari ex aku dlu, sangat menyayangi aku dan aku rasa lagi bahagia bersama tunangku sekarang walaupun perkenalan kami baru mencecah usia 5 bulan walaupun aku menunggu hampir tiga tahun untuk mencari pengganti ex aku. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kepada tunangku yang tersayang, mudah-mudahan hubungan kita dirahmati Allah S.W.T selalu dan kekal hingga ke akhir hayat kita. Amin........

Saturday, November 5, 2011

CERITA SERAM

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman pelik yang aku alami awal bulan 10 ari2...masa 2, aku dalam perjalanan pulang untuk menghantar tunang aku ke kampung dia terletak di Bagan Tiang, Parit Buntar. Dalam perjalanan 2, kami melalui kawasan bendang sawah padi yang tenang jer...time 2, dah masuk waktu asar... dalam perjalanan 2, aku terpandang sebuah rumah kampung design lama yang masih mengekalkan konsep pembinaan rumah lama iaitu bertiang di bawah. Cantik rumah tu walaupun dah uzur umpama ada orang yang menjaga rumah tersebut dan struktur tiangnya juga masih utuh. Aku pun menegur rumah tersebut depan tunang aku....aku cakap cantik betul rumah 2...lps aku tegur rumah 2, aku baru tau rupanya rumah tersebut telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni setelah tunang aku bgtau.. Tunang aku cakap, rumah 2 sebelum ini dipenghuni oleh sorg lelaki yang kurang waras dan lelaki tersebut telahpun bunuh diri dalam rumah tersebut. Selepas 2, aku memang merasa meremang bulu roma aku. Selepas anto tunang aku, aku terus blk rumah mak ayah aku dkt butterworth, penang. Malam 2, ank buah aku berusia 3bulan terpaksa bermalam di rumah mak ayah aku memandangkan abg dan kak ipar aku kerja malam. Malam 2, ank buah aku asyik menangis jer...Aku sebab penat sangat travel dari Bangi ke Butterworth, tdo mati xsedar diri walaupun ank buah aku asyik menangis jer..Mak aku bangun bancuh susu untuk cucu kesayangannya itu. Time tengah menyusukan ank buah aku dengan botol susu, mak aku ternampak lembaga berbulu hitam merayap dalam rumah aku.. Keesokan hari, mak aku menceritakan hal tersebut kepada aku.. Mak aku ckp sepanjang 35 tahun mak aku dok dlm rumah ini, mak aku xpernah mengalami pengalaman pelik seperti semalam. Bukan setakat mak aku jer, adik bongsu aku gak mengalami pengalaman pelik gak. Pagi keesokan hari selepas kejadian, adik aku ngah bersembang dengan kawan sekolah dia melalui telefon rumah, Time bercakap 2, kawan adik aku terdengar satu suara pelik time adik aku bercakap dalam telefon seperti ada orang yang menyampuk percakapan  mereka di belakang, padahal time 2, hanya ada adik aku jer berhampiran telefon tersebut. Selepas itu, aku baru sedar semua itu sebenarnya ada kaitan dengan teguran aku terhadap rumah lama tersebut. Aku punya seram, hampir semingu gak xtdo nyenyak sebab berperasaan seperti ada benda yang mengekori aku. Tapi perasaan 2 lama-lama beransur hilang dengan sendirinya. Kesimpulannya, jangan tegur benda sebarangan dan jangan lupa membaca surah Al-Quran dan sekurangnya al-fatihah sebelum memasuki rumah sekiranya berjalan jauh ataupun lepas balik dari hutan. Hanya sekadar berkongsi pengalaman sebenar untuk renungan kita bersama...

16 GOLONGAN YANG TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH KELAK

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :


1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)— آل عمران : 77

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya


2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على فضل ماء بالفلاة، يمنعه من ابن السبيل، ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayus

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).

Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh

المسبل إزاره المختال في مشيته

“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”


15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.


16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

TANDA-TANDA KEROSAKAN HATI DAN CARA MENGUBATINYA

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?

Antara tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1) Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.

2) Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.

3) Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.

4) Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.

5) Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.

6) Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.

7) Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1) Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

2) Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.

3) Mersa seronok bergelumang dalam dosa.

4) Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

5) Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

6) Benci kepada orang-orang solih atau mereka yang suka melakukan kebaikan.

7) Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

9) Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikitpun tidak takut kepada Allah.

10) Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Penyakit hati

1) Nifaq dan riya' (menunjuk-nunjuk).

2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.

3) Hasad dan dendam kesumat.

4) Sombong, bangga diri dan ego.

5) Bohong dan berputus asa.

6) Cinta mendalam kepada selain Allah.

7) Ikut hawa nafsu.

8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).

9) Takut kepada selain Allah.

10) Belot dan khianat.

11) Suka memaki hamun orang lain.

12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.

13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.

b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.

c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.

d) Khusyuk dalam solat.

e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.

f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.

g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.

h) Beriktikad dengan akidah yang betul.

i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.

j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.

k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.

l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.

m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.

n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.

o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.

q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.

r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang solih yang boleh dijadikan teladan.

Apabila seorang muslim merenung kepada perkara yang telah disebutkan di atas, Insya Allah dia akan menemui sesuatu yang boleh menjadikannya insaf dan sedar dan semoga mahu untuk melakukan perubahan dalam diri menuju kecemerlangan sebagai muslim yang bertakwa kepada Allah.

10 PINTU SYAITAN DI ALAM NYATA

Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. 

Cara syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba dan jumlahnya amatlah banyak.

Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pinta keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

Seharusnya seorang mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang selalu mencari-cari ‘aib orang lain.

Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh Allah untuk menjauhinya.

HATI-HATI MENGGUNAKAN CYBERCAFE

Untuk peringatan kita semua.

HATI2 GUNA CYBER CAFE !!

[keystroke]




Hal yg sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe... Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak.. Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...



Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.


Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.



Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting.


Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..



Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

WORDLESS SATURDAY















APA ITU PTD?


PTD adalah singkatan bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, bukan Pegawai Tidur Duduk or Pegawai Tiada Duit. Untuk menjadi PTD tidaklah terlalu sukar. Ada 3 peringkat yang perlu anda lalui sebelum anda layak bergelar PTD.
Peringkat Peperiksaan
Ujian kelayakan. Setelah anda berjaya dalam permohonan anda dalam SPA, anda dikehendaki untuk menduduki satu peperiksaan PTD M41. Peperiksaan ini menguji pengetahuan anda dalam bidang kenegaraan, hal ehwal antarabangsa, dasar-dasar kerajaan, isu semasa mahupun pengetahuan am. Soalan-soalan lain adalah merangkumi penyelesaian matematik sebanyak 50 soalan yang hanya mengambil masa 45 minit untuk diselesaikan. Untuk menjawab soalan matematik, anda dinasihatkan untuk mengisi semua kekosongan jawapan walaupun tidak dapat menyelesaikan permasalahan tersebut. Selain soalan objektif, anda juga dikehendaki menulis dua esei berkenaan pelbagai isu. Satu dlm bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris.
Keputusan ujian kelayakan ini akan diumumkan sekitar 2-3 minggu selepas tarikh ujian.Sekiranya anda berjaya dalam ujian kelayakan ini, anda akan dipanggil untuk Public Assesment Center (PAC).

Peringkat kedua – PAC
Disini anda akan melalui pelbagai jenis ujian bagi menguji personaliti, jatidiri, debat, kekuatan fizikal dan juga daya kepimpinan anda. Pelbagai jenis aktiviti akan dijalankan untuk memastikan anda benar-benar layak untuk menjadi PTD. Semasa PAC, anda akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan tertentu. Melalui tugasan tersebut, anda akan dinilai daripada segi kerjasama kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.  
Debat merupakan antara perkara wajib yang akan dinilai semasa PAC untuk menguji pengetahuan dan pengalaman anda berkomunikasi. Selain itu, ada juga sesi ucap umum dalam bahasa Melayu dan InggerisUntuk menguji fizikal anda, ada aktiviti yang memerlukan anda mempunyai daya tahan yang tinggi. Dalam aktiviti berlari 2.4 km mengelilingi tempat PAC dijalankan. Selain itu, senaman fizikal yang paling glamour dalam PTD, iaitu PT10. PT10 adalah senaman yang seakan-akan lompat bintang. Selain itu, ada juga sit up dan juga senamrobik selama setengah jam. Mungkin dengar mudah, tapi bagi yang jarang bersenam, ada juga yang akan surrender awal dan tewas walaupun PAC belum berakhir.

Peringkat Temuduga
Akhir sekali selepas berjaya dalam PAC, anda akan dipanggil untuk satu temuduga terakhir yang akan dikendalikan oleh super senior PTD yng kini menjawat jawatan tertinggi dalam sesuatu jabatan Kerajaan. Kebanyakan panel akan menanyakan status pekerjaan semasa anda, skop kerja anda sekarang. Selain itu, adalah amat membantu sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang luas terutamanya yang melibatkan dasar-dasar kerajaan sedia ada seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, Program Transformasi Ekonomi, Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA), Model Ekonomi Baru dan dasar-dasar lain yang digubal oleh Kerajaan.


Setelah berjaya temuduga, anda akan dilantik sebagai PTD. Tapi perjalanan anda tidak terhenti di situ. Setelah dilantik, anda perlu melalui beberapa lagi proses seperti Kursus Pengenalan PTD M41, Kursus Kecemerlangan Modal Insan, Leadership and Development Camp, Program Penilaian Profesional dan akhir sekali, untuk disahkan dalam perkhidmatan, anda perlu mengambil Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan. Sekian, moga dengan coretan ini, dapat membantu anda memahami dengan mendalam apa itu PTD.  Kalau ada masa nnt, aku ceritakan dengan lebih detail apa itu Kursus Kecemerlangan Modal Insan, Leadership and Development Camp, Program Penilaian Profesional dan DPA. Sekian......Lurve Pingu..... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...