Saturday, February 18, 2012

Wednesday, February 15, 2012

Friday, February 3, 2012

Mengapa sayang cintakan abang..?


Suami : Mengapa sayang cintakan abang..? 

Isteri : kerana abang cintakan ALLAH..... 


Suami : maksud sayang..??


Isteri : ya...kerana AGAMA yang ada pada abang, selalu pesan agar syg jaga AURAT, jaga IMAN, jaga TAQWA, jaga MARUAH, jaga HATI, dan jaga MULUT ni...jadi...TIADA yang lebih UTAMA dari itu...(^__^) Biar BERSAMA-SAMA melayari BAHTERA CINTA di dua SYURGA...SYURGA CINTA dan SYURGA ALLAH S.W.T...♥

Persoalan: Sekiranya kita sudah berusaha memperbaiki diri dan kemudian ketika berkahwin kita mendapat jodoh yang tidak sebaik kita, bagaimana?


Persoalan: Sekiranya kita sudah berusaha memperbaiki diri dan kemudian ketika berkahwin kita mendapat jodoh yang tidak sebaik kita, bagaimana?

Ada beberapa pilihan jawapan yang dapat dipertimbangkan.

Pertama, memang ada kemuliaan yang Allah berikan kepada hambaNya. Kemuliaan ini datang dalam bentuk ujian melalui pasangan hidup seperti yang dialami Nabi Nuh, Nabi Luth dan Asiyah binti Muzahim.

Kedua, kita mungkin memperbaiki diri dan itu Nampak secara lahiriah. Namun di hati, secara batin, kita mungkin lebih buruk lagi daripada pasangan kita itu. Buruk dalam niat kita, keikhlasan kita dan prasangka-prasangka kita kepada Allah. Contohnya, apabila ditimbang dan diukur, jadinya kita setara sahaja dengan dia.

Kemungkinan ketiga, mungkin kita berasa diri kita sempurna. Namun sebenarnya makin teruk. Ini sebenarnya yang membimbangkan. Kenapa? Berasa baik sering kali menutup pintu-pintu bagi memperbaiki diri yang selanjutnya. Salah seorang sahabat saya sering berceloteh mengingatkan kita daripada ghurur ataupun tertipu seperti ini. Katanya, “Itu perasaan awak sahaja!”

Ternyata soal perkahwinan itu mudah sahaja dapat dikategorikan sebagai hal yang susah. Namun ingat, ada dua mudah dan satu susah dalam ayat saya tadi. Oleh sebab itu, dengan izin Allah, perkahwinan itu lebih banyak senangnya. Namun begitu, ia kekal susah apabila kita jenis yang suka menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain. Sudah jelas yang menyusahkan diri sendiri membuatkan kita susah di dunia manakala menyusahkan orang lain membuatkan kita susah di hadapan Allah kelak.

Hanya satu hal yang sebenarnya perlu diberi penekanan. Ketika hampir pada pernikahan kadangkala menjadi masa yang sensitive. Sangkaan yang tidak benar, sikap yang tidak benar dan pasrah tanpa ada keyakinan, semua itu mampu menjadi isu-isu yang menganggu perjalanan rumah tangga.

"JIKA ANDA BERANI MENCINTAI, ANDA JUGA HARUS BERANI MENIKAHI"


"JIKA ANDA BERANI MENCINTAI, ANDA JUGA HARUS BERANI MENIKAHI"

Rasulullah saw bersabda.....


"Tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah".


-[HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah]-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...