Tuesday, January 31, 2012

KENAPA, MENGAPA, BAGAIMANA?




ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi:28)


والله اعلم.


Sumber : JKKK Fan Club

Friday, January 27, 2012

camne saya leh ada kat sini?

Trust Me, I'm an "Engineer"


























This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x540.








This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x540.












This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x540.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x540.










Thursday, January 19, 2012

Tajaan pakej wajib perkahwinan selebriti







Jika sudah namanya selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian ramai termasuklah acara bersejarah dalam hidup mereka iaitu perkahwinan.
Segala persediaan daripada lokasi majlis sehinggalah barang hantaran yang terletak di atas dulang, semuanya menjadi perhatian, tambahan jika selebriti yang berkahwin itu terkenal atau berkahwin sesama artis dan kedua-duanya popular.
Walaupun terkenal dan mempunyai duit simpanan yang banyak di dalam bank, kebanyakan mereka memilih untuk melangsung perkahwinan secara sederhana.
Namun, kesederhanaan perkahwinan mereka tetap luar biasa daripada pandangan mata umum. Pakej wajib yang pasti ada dalam setiap perkahwinan artis terkenal, pakaian yang direka khas oleh pereka fesyen terpilih, lokasi yang mewah dan unik serta barisan penaja majlis yang berderet-deret.
Bertuah sungguh menjadi selebriti terkenal sehingga majlis perkahwinan pun ditaja, siapa yang mahu menolak tuah. Bagai orang mengantuk disorong bantal, pelawaan untuk proses penjimatan itu selalunya diterima dengan baik oleh mereka.
Rezeki terpijak Memey
SEPANJANG tahun lalu menyaksikan puluhan selebriti tempatan menamatkan zaman bujang masing-masing dan antara yang paling menjadi perhatian sudah tentunya majlis perkahwinan pasangan kontroversi Norman dan Memey Suhaiza yang bernikah pada 24 September tahun lalu.
Mana tidaknya, majlis resepsi yang berkonsep New York di Kuala Lumpur mendapat tajaan sebanyak RM12 juta termasuk sepasang kasut daripada pereka kasut terkenal dunia Datuk Jimmy Choo dan Rafflesia.
Bukan itu sahaja, majlis pernikahan dan persandingan mereka di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, juga mendapat tajaan beberapa pihak seperti pelamin dan pakaian pengantin. Kos keseluruhan penajaan untuk kedua-dua majlis sebanyak RM12,050,000.
Akui Memey, dia memang mengimpikan sebuah majlis yang besar dan indah kerana itu, selain mendapat penajaan, dia juga mengeluarkan wang poketnya sendiri sebanyak RM50,000.
“Memang secara jujur saya mengaku yang saya inginkan sebuah majlis yang besar, meriah dan terbaik. Sebab itu saya berehat daripada berlakon selama sebulan sebelum majlis perkahwinan sehingga demam-demam membuat persiapan.
“Bukan tidak boleh buat secara kecil-kecilan, tetapi saya fikir jumlah tetamu yang datang termasuk pihak media, jadi saya ingin sebuah majlis yang terbaik yang boleh dikenang oleh saya dan juga tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan majlis perkahwinan saya,” katanya.
Memey menjelaskan, dia bersyukur kerana dilimpahi oleh banyak penaja yang sudi untuk menaja majlis perkahwinannya kerana mengikut perancangan asal penajaan tidak termasuk dalam agendanya.
“Mula-mula rancang majlis, tajaan tidak termasuk dalam agenda tetapi dalam masa perancangan, banyak pula yang menawarkan tajaan.
“Bagi saya tidak salah, saya boleh jimat duit dan dalam masa yang sama pihak penaja dapat promosikan produk mereka, situasi menang-menang.
“Dilabel antara perkahwinan mewah, saya tidak berbangga diri, cuma bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis bersejarah saya,” ujarnya.
Salah satu busana pengantin Memey yang direka oleh pereka tersohor dunia, Vera Wang turut dipamerkan di Muzium Negara.


MAJLIS perkahwinan Nabil dan Nazirah dibanjiri kira-kira 7,000 tetamu.




Fantasi perkahwinan Nabil
SELAIN Memey, majlis perkahwinan pelakon dan pelawak popular Ahmad Nabil Ahmad, 29, dan pasangannya seorang bekas pramugari, Nazirah Ayub, 24, juga menarik perhatian dengan konsep Fantasi Wonderland yang berlangsung di I-City, Shah Alam, Selangor.
Pasangan yang bernikah pada 30 September tahun lalu itu melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City Shah Alam dengan dibanjiri lebih kurang 7,000 tetamu melebihi jangkaan awal sebanyak 5,000 tetamu sahaja.
“Niat saya bukan mahu jadikan majlis perkahwinan saya sebagai Wedding Of The Year, tetapi saya inginkan kelainan untuk kenangan diri sendiri.
“Saya memang suka taman permainan, isteri saya mahu konsep dalam taman tetapi saya rasa sudah ramai orang buat konsep yang sama. Warna-warni dan ceria lebih dekat dengan jiwa saya,” ujarnya yang kini muncul dengan filem Bujang Terlajak bersama Johan dan Apek.
Sama seperti selebriti lain, Nabil juga tidak ketinggalan ditawarkan penajaan untuk majlis perkahwinannya tetapi tidaklah sampai jutaan ringgit.
Kos keseluruhan majlisnya yang dirancang selama empat bulan itu menelan belanja sebanyak RM177,000 dan kos penajaan hanya separuh daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM88,500, manakala selebihnya menggunakan wang Nabil sendiri.
“Mula-mula rancang saya mahu jemput 500 ke 800 orang sahaja yang dekat dengan saya sebab saya sedar yang saya bukannya asal anak orang kaya, jadi majlis perkahwinan tidak perlulah besar-besaran.
“Selepas jumpa perancang majlis perkahwinan, saya rasa apa salahnya tambah sedikit duit lagi untuk nampak cantik dan lain daripada yang lain.
“Sebab itu kami pilih I-City, rasanya belum pernah orang buat majlis kahwin di sana. Tempat terbuka, senang orang nak datang termasuk peminat yang datang mahu bergambar. Tidak sangka pula yang datang melebihi ramalan, seramai 7,000 orang, apa makanan yang ada saya hidangkan sahaja, maaf jika ada yang tidak sempat makan,” tuturnya yang inginkan anak secepat mungkin.

KASUT yang digayakan Ezlynn untuk majlis resepsi perkahwinannya ini ditaja oleh Neelofa.



Majlis kahwin Ezlynn RM15 juta
SATU lagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan penuh mewah adalah penyanyi Ezlynn, 31, dan suaminya yang juga pengurus peribadinya Adam Fahmy Shamsudin, 36.
Majlis pernikahan yang berlangsung pada tanggal 20 November tahun lepas di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu sahaja sudah cukup mewah dan umpama majlis resepsi.
Kemudian pada 11 Januari lalu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi bernilai RM12 juta di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur tajaan Rafflesia.
Tanggal 20 Januari iaitu esok, pasangan ini sekali lagi diraikan dalam sebuah resepsi di Dewan Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan kos keseluruhan untuk ketiga-tiga majlis mencecah RM15 juta dan mereka hanya mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM20,000 sahaja.
“Semua majlis ada tajaan, saya rasa bersyukur sangat sebab bila ada penaja saya tidak membazir. Saya bantu promosi produk, saya pun dapat kelebihan dengan dapat sebuah majlis yang eksklusif.
“Saya tidaklah mahu bertanding perkahwinan siapa paling besar dan mewah dengan selebriti lain. Sudah rezeki datang ketika perancangan majlis dibuat saya terima sahajalah.
“Kalau ikutkan saya mahu buat kecil-kecilan sahaja. Saya tidak mahu kerana buat majlis perkahwinan yang besar, saya berhutang, ada penaja, saya lebih jimat,” katanya yang menyarungkan kasut tajaan pelakon Neelofa yang merupakan pereka kasut tersebut pada majlis resepsinya yang pertama itu.


sumber: kosmo

Senyummmm.....


Ingat ko sorang je ke nk masuk pic dlm facebook...aku pun ada facebook lah..pasni aku ngap ko..kenyang seminggu kihkihkihkih......comel je jerung tu senyum hehehe

Tuesday, January 17, 2012

ADA BERANI?


Beranikah anda menjejakkan kaki ke Alston.....anda akan mati secara perlahan-lahan...haha...ngerinya dengar...

CIAN RABBIT


Huhu....sian rabbit keseorangan....tak berteman...sampai hati garuda makan kawan rabbit....huhuhu~~~

DOWNLOAD PALING LAMA


Gilar r.....4,381 tahun nak nunggu nyer....mau 40 keturunan tak abis lagi download ni.....letey teman nunggu....

RAKAN PINGUKU


Tu lah...orang dah cakap jangan diving...nak jugak....padan muka.....hahahahaha.....kasi gelak sama dia....

GEMUKKAH AKU?


Rasa diriku ini dah gemuk....ni semua angkara McDonalds lah ni...huhu......ada petua nk kurus balik tak?

Monday, January 16, 2012

Kancil versi pompuan



P.S Hahaha, terserlah keayuannya....

Cara mintak maap

edisi jokes hampir2 jd malapetaka

Bila foreigner belah durian..



P.S ni baru betul belah 2.......

Hafal al-Quran dalam ladang

PANORAMA indah vila yang terdapat di Syamille Agro Farm & Resort.


SEKUMPULAN sepuluh pelajar berjalan penuh ceria menuju ke surau Maahad Tahfiz AnNuri untuk meneruskan pengajian. Pada masa tertentu, mereka bebas menunggang basikal di sekitar resort atau mandi-manda di sungai yang mengalir jernih di tepi madrasah.

Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar sekolah tahfiz itu yang memulakan pengajian sejak enam bulan lalu. Mereka berusia di antara 10 hingga 20 tahun.

Belajar di sini kedengaran mengujakan. Tiada yuran pengajian dikenakan bahkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Semua kemudahan ini disediakan sehingga mereka memasuki universiti atau berhenti daripada sekolah berkenaan.

Maahad Tahfiz AnNuri berbeza berbanding sekolah tahfiz lain di negara ini kerana lokasinya di dalam kawasan resort ladang Syamille Agro Farm & Resort, terletak di Kampung Chuar Hulu dekat pekan Kati, Kuala Kangsar, Perak.
Jurutera

PANORAMA indah vila yang terdapat di Syamille Agro Farm & Resort.


Di sini, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan ilmu al-Quran bahkan boleh mempelajari cara menternak kambing, lembu dan rusa pada hujung minggu.

Haiwan itu juga merupakan sumber makanan utama mereka selain menjadi punca pendapatan sekolah berkenaan.

Malah, seorang pelajar dari Pengkalan Chepa, Kelantan, Muhammad Aiman Akraf Shamsuriah, 14, menyifatkan aktiviti memasak makanan bersama rakan lain merupakan pengalaman paling menarik di situ.
"Biasanya kami masak daging ayam kampung, rusa, kambing dan lembu yang baru disembelih.

"Kami juga berpeluang menikmati madu lebah di resort ini," katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera.

Selain menghafal 30 juzuk al-Quran dan belajar agama, pelajar turut didedahkan dengan kurikulum pendidikan yang sama seperti di sekolah biasa.
Aktiviti sekolah tahfiz ini bermula pukul 5 pagi setiap hari. Selepas solat sunat tahajud dan diikuti sembahyang Subuh, barulah rutin pembelajaran dilakukan sehingga pukul 9 malam.
Rezeki

RUSA yang pada mulanya diternak sebanyak lima ekor kini membiak kepada 27 ekor.


"Sistem tahfiz yang diterapkan di sini berbeza kerana ia mengikut sistem Turki berbanding maahad tahfiz lain di Malaysia yang menggunakan sistem hafalan al-Quran seperti di Pakistan dan Bangladesh.
"Mengikut sistem Pakistan dan Bangladesh, pelajar perlu hafal daripada surah pertama sehingga akhir secara berturutan.

"Sebaliknya bagi sistem tahfiz ala Turki pula ia boleh melompat surah lain tanpa ikut turutan tetapi konsepnya sama iaitu menghafal keseluruhan surah yang ada dalam al-Quran," beritahu seorang tenaga pengajar, Akmal Jamaluddin, 25.

Akmal yang berasal dari Johor Bahru memberitahu, sekolah tahfiz itu mengutamakan pengambilan pelajar yatim piatu atau daripada keluarga berpendapatan rendah.
"Mereka datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Sebenarnya, anak yatim piatu dan orang miskin lebih komited untuk belajar kerana mereka sedar akan kesusahan keluarga mereka.

"Tahun ini kami akan mengambil seramai sepuluh lagi pelajar," ujar Akmal.

PEMBIAKAN lebah madu turut diusahakan di resort ini.


Pencetus idea sehingga wujudnya Maahad Tahfiz AnNuri bukan calang-calang orang.
Walaupun bukan lulusan bidang agama, penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif Syamille Agro Farm Sdn. Bhd., Mohd. Zainuri Mohd. Idrus mempunyai kisah tersendiri untuk dikongsi.
Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bersyukur kerana beliau dikurniakan rezeki yang lebih baik akhir-akhir ini.

"Rezeki yang kita terima sebenarnya ada bahagian untuk orang lain. Itulah antara punca saya membina sekolah tahfiz di sini," ungkap Zainuri yang berasal dari Perlis tetapi menetap di Subang Jaya, Selangor.
Beliau juga mahu sekolah tahfiz itu menjadi contoh dari segi kos operasi.


KOS pengajian pelajar tahfiz ini ditanggung sepenuhnya sehingga mereka menamatkan pengajian di universiti.


"Kerana itu pelajar mengusahakan sendiri ternakan kambing dan lembu yang mana hasil jualannya digunakan mereka sendiri.

"Malah, konsep ini juga akan dikembangkan di sekolah tahfiz lain dengan memberi mereka haiwan ternakan untuk dijadikan sumber pendapatan mereka," jelasnya.

Berbicara mengenai resort, beliau berkata, Syamille Resort lebih menampilkan ciri-ciri kawasan pelancongan tani, kemudahan latihan serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Pada mulanya, kawasan seluas empat hektar termasuk tahfiz itu hanya terhad untuk pembinaan sekolah tahfiz serta lima buah resort untuk kegunaan keluarga. Bagaimanapun, idea itu semakin bertambah.
Kini, resort itu mengandungi sebuah vila, sepuluh bilik resort dan empat bilik asrama.
Resort


AKTIVITI penduduk pekan Kati tertumpu kepada pertanian dan juga menoreh getah.


Bagaimanapun, ia belum membenarkan kehadiran pelancong asing kerana dikhuatiri cara pemakaian mereka boleh mengganggu tumpuan pelajar menghafal al-Quran.

Di sini juga terdapat 27 ekor ternakan rusa, kambing (836) dan lembu betina (23 ekor). Ia turut mengusahakan ternakan ikan tilapia, keli, ayam kampung dan itik selain dusun buah-buahan.
Najis haiwan itu pula tidak dibuang begitu sahaja. Sebagai contoh, najis lembu dan kambing digunakan untuk menjana gas metana bagi tujuan memasak.

Bagi pekerja resort, tempat ini banyak kelebihannya. Seorang pekerja, Muslim Mardenir, 40, yang berasal dari Jakarta, Indonesia menganggap resort berkenaan sebagai tempat kerja dan universitinya sekali gus.
"Saya dapat menambah ilmu agama dan mendalami al-Quran. Sambil bekerja saya boleh menuntut ilmu agama," katanya.

Pengurus Syamille Resort, Norzihan Abdul Halim, 32, pula berasa lucu apabila teringat gelagat segelintir pengunjung yang terkejut kerana dapat makan buah-buahan seperti langsat, rambutan serta nangka tanpa dikenakan bayaran.

"Ada pelanggan yang makan buah-buahan tersebut sehingga kembung perut. Kebanyakan pelanggan terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan yang melaksanakan kursus di sini," cerita beliau.
Seorang lagi pekerja, Rafidah Rafee, 26, ingin mempelajari cara menternak kambing dan lembu sebelum dapat menjalankan perniagaan sendiri.

"Memang bau kambing dan lembu busuk tetapi jika kita bersabar dan bersahabat baik dengan haiwan ternakan itu, hasilnya lumayan kelak," terangnya berfalsafah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...