Friday, January 6, 2012
Hidup selepas jatuh dari tingkat empat
ALOR SETAR – Umur seorang remaja ternyata masih panjang apabila dia yang terjatuh dari tingkat empat bangunan kuarters guru di Tajar di sini kelmarin kerana mahu mengambil anak burung merpati, selamat.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohd. Azhari Mat Saad, 15, patah kaki kanan, retak tulang tangan sebelah kiri, luka di kepala sepanjang kira-kira 12 sentimeter dan lebam pada bahu.
Akibat kecederaan itu, anak ketiga daripada empat beradik itu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Ibu mangsa, Mahani Mohd. Saad, 40, berkata, dia ketika dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Azhari oleh penduduk kampung pada mulanya tidak menyangka ia benar-benar membabitkan anaknya.
“Namun selepas suami sendiri memaklumkan mangsa ialah Azhari, fikiran saya amat terganggu kerana membayangkan nasib Azhari yang lebih buruk kerana terjatuh dari tingkat empat,” katanya ketika ditemui di HSB di sini semalam.
Katanya, bukan dia sahaja yang terkejut malah lebih 20 penduduk kampung datang ke rumahnya di Kampung Jelai di sini kerana menyangka Azhari sudah meninggal dunia.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
P.S Belum sampai ajal lagi..tp memang kagum lah tingkat empat tinggi tu..mcm kucing hehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment