Monday, December 12, 2011
HARGA SATAY KAJANG DAH NAIK?
Just nak berkongsi harga terkini satay kajang. Kepada peminat satay 2, standby duit lebih yer kalo nak makan...hehe..
Friday, December 9, 2011
PEMINDAHAN GAJI DARI SSM KE SBPA
Berikut dikemukakan contoh cara pengiraan dan pemindahan gaji dari SSM ke SBPA untuk rujukan terutamanya bagi Gred DG.
Kalau mau bertanya lebih detail, sila rujukan Bahagian Pengurusan Manusia jabatan masing-masing.
Kalau mau bertanya lebih detail, sila rujukan Bahagian Pengurusan Manusia jabatan masing-masing.
Thursday, December 8, 2011
SBPA UNTUK PTD
Dikemukakan untuk rujukan semua gred M.
SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M1-1: T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M1-1: T3); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M1-1: T5).
(b) Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN - BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GREDM1-2, M1-4, M1-5, M1-6 ATAU JAWATAN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-2, M1-4, M1-5, M1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2 di atas; dan
(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
4. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan;
(c) lulus latihan serta mendapat Diploma Pengurusan Awam daripada INTAN; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKATKE GRED M1-2
5. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-2 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M1-4
6. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-4 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M1-5
7. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-5 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED M1-6
8. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-6 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
9. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-6 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Wednesday, December 7, 2011
INTIPATI PELAKSANAAN SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)
- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA-
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;
10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan
penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini
kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan,
Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011
CAT AND BABY
Cutekan video cat and baby nie..geram jer tengok...hehe....
comeykan....benda yang membahagiakan orang tua...baby and the cat...hilang stress tengok telatah mereka...hehe....=)
comeykan....benda yang membahagiakan orang tua...baby and the cat...hilang stress tengok telatah mereka...hehe....=)
WANITA SAUDI SEMAKIN KAYA
Aset persendirian di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan RM125.6 bilion
RIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion). Sebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion).
“Penyertaan Wanita Teluk dalam bidang ekonomi menjadi semakin penting kerana pembabitan mereka dalam pelaburan meningkat kepada kira-kira AS$500 bilion (RM1.5 trilion),” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Changing Our World, Michael Hoffman.
Beliau membuat pendedahan ini dalam syarahannya yang dipetik laman web www.yallafinance.com.
Beliau bercakap mengenai masa depan dan aspirasi untuk tahun baru terutama yang berkaitan sumber kewangan dan penyelesaian sesuai pada peringkat antarabangsa.
Selain itu, Hoffman turut membentangkan statistik mengenai potensi besar pelaburan yang diuruskan wanita seluruh negara yang beliau anggarkan bernilai kira-kira AS$20 trilion (RM62.5 trilion), menambah sembilan peratus daripada aset dimiliki wanita dan kadar ini dijangka meningkat dalam dekad akan datang.
Dalam perkembangan lain, Arab Saudi berada di tangga keempat ekonomi terbesar dari segi simpanan keseluruhan sehingga akhir 2010 dengan jumlah simpanan termasuk emas sebanyak SR 1.7 trilion (RM1.4 trilion).
Hoffman menambah sepanjang tempoh 10 bulan pertama pada 2011, jumlah simpanan kewangan negara itu meningkat sebanyak 18 peratus menjadikannya SR1.97 trilion (RM1.64 trilion). – Agensi
SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM
Sebagai seorang kakitangan awam, mesti ramai menantikan pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan pekeliling baru berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Berikut dikemukakan serba sedikit klu yang diabstrak daripada facebook Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk rujukan. Setakat ini, hanya merangkumi hebahan untuk Gred N dan Gred J sahaja.
MAKLUMAT UNTUK SKIM J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 (KGT RM95)
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 (KGT 115)SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 (KGT 125)
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 (KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (KGT RM 180) SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (KGT RM 195)
GRED N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 (KGT 80)
MAKLUMAT UNTUK SKIM N::-
GRED N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 (KGT 95)
GRED N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 (KGT 115)
GRED N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 (KGT 145)
GRED N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 (KGT 180)
Selain itu, nama Gred juga telah ditukar, tiada lagi Gred 1-54. Berikut merupakan Gred baru yang bakal diperkenalkan.
Bagi Gred M41, masih belum diwarwarkan, tetapi terdapat sumber yang boleh dipercayai bahawa KGT untuk M41 adalah sebanyak RM225 setahun. Manakala gaji permulaan bagi fresh M41 yang bakal masuk perkhidmatan adalah sebanyak RM1935 berbanding gaji permulaan di bawah SSM iaitu permulaan sebanyak RM1993. Mungkin benar dan mungkin juga tidak, kita tunggu jer pekeliling SBPA sebenar keluar.
Setakat ini jer perkongsian serba skit berkaitan SBPA. Bagi kakitangan awam, jadikan ini sebagai inisiatif untuk anda meningkatkan lagi mutu perkhidmatan anda kepada rakyat. Jangan lupa, dalam perkhidmatan awam, terhadap satu modul baru diperkenalkan iaitu 'Exit Policy'. Anda mungkin disingkir dan diberhentikan daripada perkhidmatan awam sekiranya menunjukkan berprestasi yang rendah iaitu penilaian LNPT bawah 70% tiga tahun berturut-turut. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat perkembangan baru.
Sekian.
Tuesday, December 6, 2011
10 PETANDA DIA JODOH KITA
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com
HUKUM PINJAMAN DAN ASB
Soalan; assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan mengenai pinjaman ASB yang terdapat dikebanyakan bank tempatan. Apakah hukumnya?
Jawapan;
Soalan di atas menyentuh dua masalah hukum;
1. Hukum pinjaman dari bank
2. Hukum pelaburan ASB
Mengenai masalah pertama (pinjaman Bank), ia adalah harus jika pinjaman tersebut bebas dari riba. Untuk memastikannya, bagi orang awam mereka boleh bersandar kepada pengesahan Panel/Badan Syariah yang dilantik oleh Bank. Jika tidak ada pengesahan, ia hendaklah dirujuk kepada ulamak atau ustaz yang mahir tentang selok-belok muamalat bank. Bagi produk pinjaman yang kuhusus ditawarkan oleh bank tertentu, tidak memadai dengan hanya merujuk kepada fatwa umum tentang pinjaman, akan tetapi hendaklah merujuk kepada fatwa khusus tentang produk pinjaman terbabit. Jadi, langkah mudah bagi orang awam ialah dengan meminjam dari Bank yang mempunyai Badan Syariah dan setiap produk pinjaman yang ditawarkan telah disahkan oleh Badan Syariahnya. Elakkan dari pinjaman yang tidak ada pengesahan dari mana-mana Badan Syariah atau ulamak berautoriti kerana ia berkemungkinan Haram atau Syubhah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam- "Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu dengan melakukan apa yang tidak meragukan" (HR Imam at-Tirmizi dari al-Hasan bin Ali).
Persoalan kedua (Adakah pelaburan dalam ASB harus atau tidak mengikut hukum Syariat?); Para ulamak hari ini berbeza pandangan; jumhur (majoriti) ulamak mengharamkannya dan terdapat sebahagian ulamak mengharuskannya. Badan-Badan Fatwa di Malaysia juga tidak sepakat dalam masalah ini. Antara yang mengharamkannya ialah;
1. Majlis Fatwa Pulau Pinang
2. Majlis Fatwa Selangor
Yang mengharuskannya pula;
1. Majlis Fatwa Kedah
2. Majlis Fatwa Trengganu
3. Majlis Fatwa Perak
4. Majlis Fatwa Serawak
5. Majlis Fatwa Kebangsaan
Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-80 (1 - 3 Februari 2008) telah memutuskan; "Hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus"
(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya).
Apabila telah ada fatwa yang mengharuskannya dari Badan Fatwa yang berautoriti, haruslah bagi orang awam untuk berpegang dengan fatwa tersebut selama mereka meyakininya. Bagi yang meyakini keharamannya -sama ada bersandar kepada kajian sendiri atau bersandar kepada fatwa yang mengharamkannya-, haramlah ia menceburi pelaburan tersebut, namun tidak harus ia mentohmah orang yang menceburinya sebagai orang yang berdosa atau melakukan munkar kerana ada fatwa lain mengharuskannya. Berkata Imam Ibnu Rajab; “Munkar yang wajib diingkari ialah yang telah diijmakkan oleh para ulamak atas munkarnya. Adapun perkara yang diikhtilafkan, tidak diingkari orang yang melakukannya sama ada dengan ijtihadnya atau dengan ia bertaklid kepada seorang mujtahid dengan taklid yang harus” (Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 63-64).
Namun jika tuan/puan meninggalkannya dengan niat mengelak dari syubhah (kerana masih diikhtilafkan halal atau haramnya di kalangan ulamak) atau dengan niat lari dari khilaf ulamak, itulah tindakan yang terbaik merujuk kepada hadis Nabi (bermaksud); "Sesiapa menjaga diri dari perkara-perkara syubhah, ia sesungguhnya mengambil sikap yang dapat membebaskan agama dan kehormatan dirinya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari an-Nu'man bin Basyir). Para ulamak menegaskan; "Mengambil sikap untuk keluar dari khilaf adalah digalakkan".
Wallahu a'lam.

Sumber:
Monday, December 5, 2011
Anda Tahu Islam Anda Bermasalah Bila...
01 - Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al-Quran atau Jihad adalah melalui bahan bacaan, CNN atau hanya di kaca TV.
02 - Bila semua perbualan anda dengan kawan-kawan hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/wanita anda atau filem, atau lelaki/wanita dalam filem sahaja atau banyak tentang artis dan juga perbualan-perbualan hal ehwal dunia yang tidak menguntungkan.
03 - Anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/kelab malam/pusat membeli-belah pada bulan Ramadhan dari berada di masjid.
04 - Anda mempunyai masa untuk menonton tiga filem seminggu, tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya.
05 - Terjemahan Al-Quran anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.
06 - Anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.
07 - Anda tidak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam tentang sesuatu yang anda tidak faham tentang Islam.
08 - Anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.
09 - Anda merasakan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja, tetapi anda tidak merasa gerun.
10 - Anda masih boleh bangun untuk menerima panggilan telefon pada pukul dua pagi daripada membaca Al-Quran, berzikir atau menunaikan solat sunat Tahajjud.
11 - Anda sekadar memberi harapan untuk memasuki Syurga Allah, tetapi tidak bersungguh-sungguh dengan amalan yang anda telah lakukan, cuma sekadar mengharap kasih-sayang Allah.
12 - Bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berangan-angan dan berkata, "Aku harap..."
13 - Anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tidak rasa bahagia jauh di sudut hati dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).
14 - Bila berlakunya kejadian buruk atau sedih, anda merasa keseorangan, tiada tempat untuk mengadu kerana anda tidak merasa Allah bersama anda.
15 - Anda tidak mengingati Rasulullah s.a.w sekurang-kurang sekali sehari, jauh sekali dengan berselawat kepadanya.
16 - Rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.
17 - Kawan yang paling baik dan rapat dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukanlah isteri atau suaminya.
18 - Anda tidak mempunyai motivasi dalam diri untuk merubah cara hidup anda kepada yang lebih baik.
19 - Bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata, "Kau peduli apa? Jangan masuk campur dalam urusan aku!"
20 - Apabila mendengar bacaan Al-Quran, anda tidak merasa bersalah dan tidak merasa apa-apa pun dalam diri dan hati anda.
21 - Anda tidak pernah ambil peduli samada anda masuk ke Syurga atau Neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini dan anda bersikap sambil lewa sahaja.
22 - Anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh Profesor Philosophy anda di kelas walaupun kadang-kadang ianya bertentangan dengan prinsip Islam.
23 - Anda ingin menjelajahi seluruh dunia satu hari, tetapi Mekah tidak termasuk salah satu dari senarai negara yang ingin anda jelajahi.
24 - Keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda.
25 - Anda membaca horoskop dan mempercayainya, tetapi anda tidak pernah melakukan solat sunat Istikharah.
26 - Anda tidak pernah merasa menyesal di atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.
27 - Pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan umatnya dan anda membiarkan keadaan itu berlarutan.
Tanyalah diri kita dan nilailah setakat mana Islam kita.
Alangkah ruginya kita...

Friday, December 2, 2011
IKLAN SOLAT YANG TIADA DI MALAYSIA
Sekadar renungan bersama.
Ingat....dunia ni hanya sementara. Tidak guna ada tubuh badan yang sihat kalo tak pandai berterima kasih kepada Allah yang memberi kita kesihatan yang baik dan fizikal yang sempurna.
Thursday, December 1, 2011
ELAK KESILAPAN MENJELANG PERKAHWINAN
Pejam celik, kejap jer masa berlalu..Tinggal lagi 3bulan jer sebelum menjelang hari perkahwinan aku. Banyak perkara yang perlu aku pelajari. Disini, ingin aku berkongsi bersama sebuah artikel untuk tatapan mata bagi mereka yang bakal berkahwin cm aku ni. Mudah-mudahan kita belajar skit sebelum melangkah ke alam baru iaitu alam perkahwinan.
“Berapa hantarannya?”
“Kenduri bila?”
“Honey moon di mana?”
Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.
Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!
Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya.
Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkankemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.
LARI DARI MASALAH
Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.
Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.
Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.
Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.
JANGKAAN & HARAPAN
Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.
Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.
Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.
Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.
Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.
KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK
Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.
Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?
Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?
Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?
Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.
Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.
Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.
Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.
Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.
Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.
REALITI KONFLIK
Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.
Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
- Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
- Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
- Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk ‘let go’ atau melepaskan anak.
- Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
- Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
- Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?
TIPS BONUS
- Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
- Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
- Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
- Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
- Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri).
- Menghargai suami/ isteri. Jangan ‘take for granted’ perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
- Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan!
- Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
- Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)