Wednesday, December 7, 2011

SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM

Sebagai seorang kakitangan awam, mesti ramai menantikan pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan pekeliling baru berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Berikut dikemukakan serba sedikit klu yang diabstrak daripada facebook Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk rujukan. Setakat ini, hanya merangkumi hebahan untuk Gred N dan Gred J sahaja.




MAKLUMAT UNTUK SKIM J:-
SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 (KGT RM95)
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 (KGT 115)
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 (KGT 125)
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 (KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (KGT RM 180) 
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (KGT RM 195)

MAKLUMAT UNTUK SKIM N::-

GRED N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 (KGT 80)
GRED N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 (KGT 95)
GRED N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 (KGT 115)
GRED N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 (KGT 145)
GRED N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 (KGT 180)


Selain itu, nama Gred juga telah ditukar, tiada lagi Gred 1-54. Berikut merupakan Gred baru yang bakal diperkenalkan.


Bagi Gred M41, masih belum diwarwarkan, tetapi terdapat sumber yang boleh dipercayai bahawa KGT untuk M41 adalah sebanyak RM225 setahun. Manakala gaji permulaan bagi fresh M41 yang bakal masuk perkhidmatan adalah sebanyak RM1935 berbanding gaji permulaan di bawah SSM iaitu permulaan sebanyak RM1993. Mungkin benar dan mungkin juga tidak, kita tunggu jer pekeliling SBPA sebenar keluar.

Setakat ini jer perkongsian serba skit berkaitan SBPA. Bagi kakitangan awam, jadikan ini sebagai inisiatif untuk anda meningkatkan lagi mutu perkhidmatan anda kepada rakyat. Jangan lupa, dalam perkhidmatan awam, terhadap satu modul baru diperkenalkan iaitu 'Exit Policy'. Anda mungkin disingkir dan diberhentikan daripada perkhidmatan awam sekiranya menunjukkan berprestasi yang rendah iaitu penilaian LNPT bawah 70% tiga tahun berturut-turut. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat perkembangan baru.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...