Thursday, December 8, 2011

SBPA UNTUK PTD

Dikemukakan untuk rujukan semua gred M.


SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M1-1: T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M1-1: T3); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred M1-1: T5).

(b) Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
SYARAT KELAYAKAN - BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GREDM1-2, M1-4, M1-5, M1-6 ATAU JAWATAN DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-2, M1-4, M1-5, M1-6 atau jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-
(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2 di atas; dan
(b) (i) memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
(ii) memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
4. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan;
(c) lulus latihan serta mendapat Diploma Pengurusan Awam daripada INTAN; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKATKE GRED M1-2
5. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-2 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED M1-4
6. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-4 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED M1-5
7. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-5 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED M1-6
8. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-6 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
9. Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M1-6 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...