Monday, December 5, 2011

Anda Tahu Islam Anda Bermasalah Bila...

01 - Perkara terakhir anda pelajari tentang Islam, Al-Quran atau Jihad adalah melalui bahan bacaan, CNN atau hanya di kaca TV.

02 - Bila semua perbualan anda dengan kawan-kawan hanyalah berkaitan dengan teman lelaki/wanita anda atau filem, atau lelaki/wanita dalam filem sahaja atau banyak tentang artis dan juga perbualan-perbualan hal ehwal dunia yang tidak menguntungkan.

03 - Anda menghabiskan banyak masa di luar rumah/kelab malam/pusat membeli-belah pada bulan Ramadhan dari berada di masjid.

04 - Anda mempunyai masa untuk menonton tiga filem seminggu, tetapi sukar untuk melakukan sembahyang mengikut waktunya.

05 - Terjemahan Al-Quran anda masih berada di tempat yang sama di atas para teratas sejak Ramadhan yang lepas.

06 - Anda mendengar suara hati anda dalam keadaan yang sunyi sama dengan semasa anda mendengar lagu kegemaran anda.

07 - Anda tidak ingat bila anda bertanya seseorang tentang Islam tentang sesuatu yang anda tidak faham tentang Islam.

08 - Anda tidak mengenali sesiapa yang anda dapat memberi salam tanpa rasa malu.

09 - Anda merasakan yang Allah melihat setiap perkara yang anda buat sekadar sambil lewa saja, tetapi anda tidak merasa gerun.

10 - Anda masih boleh bangun untuk menerima panggilan telefon pada pukul dua pagi daripada membaca Al-Quran, berzikir atau menunaikan solat sunat Tahajjud.

11 - Anda sekadar memberi harapan untuk memasuki Syurga Allah, tetapi tidak bersungguh-sungguh dengan amalan yang anda telah lakukan, cuma sekadar mengharap kasih-sayang Allah.

12 - Bila anda ingin sesuatu dalam hidup, anda sekadar berharap dan berangan-angan dan berkata, "Aku harap..."

13 - Anda tidak dapat fikirkan kenapa anda tidak rasa bahagia jauh di sudut hati dan mengapa tidak ada sesuatu yang baik hingga ke akhirnya (mesti akan berakhir).

14 - Bila berlakunya kejadian buruk atau sedih, anda merasa keseorangan, tiada tempat untuk mengadu kerana anda tidak merasa Allah bersama anda.

15 - Anda tidak mengingati Rasulullah s.a.w sekurang-kurang sekali sehari, jauh sekali dengan berselawat kepadanya.

16 - Rakan anda tidak pernah menegur anda tentang keburukan diri anda, begitu juga sebaliknya.

17 - Kawan yang paling baik dan rapat dengan anda adalah jantina yang berlainan dengan anda padahal anda bukanlah isteri atau suaminya.

18 - Anda tidak mempunyai motivasi dalam diri untuk merubah cara hidup anda kepada yang lebih baik.

19 - Bila anda diberitahu akan kesilapan anda, anda hanya berkata, "Kau peduli apa? Jangan masuk campur dalam urusan aku!"

20 - Apabila mendengar bacaan Al-Quran, anda tidak merasa bersalah dan tidak merasa apa-apa pun dalam diri dan hati anda.

21 - Anda tidak pernah ambil peduli samada anda masuk ke Syurga atau Neraka kerana merasakan tiada siapa pun tahu tentang perkara ini dan anda bersikap sambil lewa sahaja.

22 - Anda bersetuju dengan semua teori yang diajar oleh Profesor Philosophy anda di kelas walaupun kadang-kadang ianya bertentangan dengan prinsip Islam.

23 - Anda ingin menjelajahi seluruh dunia satu hari, tetapi Mekah tidak termasuk salah satu dari senarai negara yang ingin anda jelajahi.

24 - Keluarga anda membenci anda dan pernah mengatakan begitu kepada anda.

25 - Anda membaca horoskop dan mempercayainya, tetapi anda tidak pernah melakukan solat sunat Istikharah.

26 - Anda tidak pernah merasa menyesal di atas kesilapan anda dan menangis kerana Allah.

27 - Pengalaman buruk anda dengan orang Islam menghalang anda dari mendekati Islam dan umatnya dan anda membiarkan keadaan itu berlarutan.

Tanyalah diri kita dan nilailah setakat mana Islam kita.

Alangkah ruginya kita...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...