Saturday, December 31, 2011
Anak Ayam Pelangi Di Malaysia !!!...
Pilih je nak kaler ape....yg kt atas tu anak ayam jantan..tgk tu ada label jantan hehehe...dl time kecik2 ak penah bli anak2 ayam kaler2 cmneh..hahaha..setiap 1 kaler ak bli sekor...tp bila ayam2 ni dh besaq,semua jd kaler putih..dh x cute,apalagi,sembelih mkn laa..ngeeee.. dulu pasar tani kt tempat aku slalu ade nyonya jual anak ayam kalerful ni...kaler tu bkn permanent pn...la ni x de dh.dulu2 je ade..
tolong..tolong saya tersangkut...
Thursday, December 29, 2011
BELAJAR TINGGI-TINGGI TAU
Orang tua-tua dulu selalu pesan, suruh belajar rajin-rajin dan belajar tinggi-tinggi tau........=)
Tinggi tak mamat arab ni belajar? hehe...
Tinggi tak mamat arab ni belajar? hehe...
Wednesday, December 28, 2011
Cahaya lampu bandar di Portugal dilihat di angkasa lepas
FLORIDA -Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan imej cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol yang dirakamkan dari angkasa lepas.
Seorang angkasawan merakamkan gambar itu dari Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini.
Gambar itu menunjukkan kawasan yang dilimpahi cahaya lampu di bandar-bandar di Portugal dan Sepanyol. - AFP
sumber: Kosmo
Pengasas facebook tunggang kerbau
HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).
Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.
Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.
Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.
Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.
Dia mengasaskan Facebook pada 2004.
Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. - Agensi
Bapa cipta basikal gergasi untuk anak
ZHANG YALI menguji basikal gergasi ciptaannya di luar sebuah rumah gudang yang disewa di Jilin, China kelmarin.
JILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini.
Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong.
Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter.
Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu.
Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters
Sunday, December 25, 2011
Akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia
Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.
Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.
“Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya.
“Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia.
“Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat,” katanya.
Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan ganjil itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar itu.
“Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu,” katanya.
Menurutnya, kerana merasakan ia sesuatu yang unik dan sukar dijumpai terutama pada zaman ini, mereka lebih suka menjadikan ia sebagai koleksi perhiasan di rumah berbanding dijual.
“Kami berat hati untuk menjualnya malah telah banyak kali menolak tawaran daripada pelbagai pihak yang ingin membeli akar ganjil ini walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan,” katanya.
Sumber: Sinar
Lambang rokok mirip kalimah ALLAH
KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.
Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan.
“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.
“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.
“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.
Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.
“Walaupun tidak menyerupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya.
sumber: Harian Metro
Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah
Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.
Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.
Hantu Kak Limah minta tolong
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.
Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
Diganggu selepas bawa balik papan
“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat
Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.
Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.
Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut
sumber: harian metro
Friday, December 23, 2011
PETUA UNTUK BAKAL PENGANTIN
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.
6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.
14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
sumber: informasi.my
Wednesday, December 21, 2011
Kenapa anda TIDAK digalakkan upload gambar anda kat internet?
Update terbaru...
Sumber : http://www.wowberita.com/2011/01/gambar-dilarang-letak-gambar-sendiri-di.html
Pengakuan Ikhlas Seorang Pelajar Yang Tak Siap Kerja Sekolah
Monday, December 19, 2011
LAMARAN ALAF BARU
So sweet....macam2 style orang melamar sekarang...antaranya seperti video di bawah.
Tiba-tiba teringat masa kena lamar dulu...walaupun tak secanggih seperti video di atas, tapi memberi maksud mendalam dalam hidup aku. First time dalam hidup, ada laki yang melamar aku hanya dengan sepekat choki2...walaupun murah, tapi cukup bermakna.Yelah, mana idaknyer...kenal tak sampai tiga bulan, dah ada orang ajak kawin...memang kena heart attacklah...yelah, dari bahasa diri ko aku jer...tak ada perasaan and lebih kepada kekawan...tak sangka perkenalan singkat kt facebook boleh mengubah segalanya. Ingat senang ke nak terima lamaran orang yang kita tidak kenal. Tapi alhamdulillah, aku bernasib baik. Tak semua laki kt luar sana jahat n pandai mengambil kesempatan jer kt perempuan. Walaupun, pada awal perkenalan aku pernah menolak lamaran dia dan srh dia cari perempuan lain, tapi tunang aku ni mmg berhati waja n tak tahu kenal erti kalah. Lama kelamaan aku ikut gerak ati aku selepas mengerjakan solat istikarah. Mungkin tak semua kita nak kita dapat, tapi kadang-kadang kita perlu memberi peluang kepada orang lain, baru kita kenal ati budi masing-masing. Dan alhamdulillah, aku bahagia bersama tunang tersayang walaupun dulu aku pernah jual mahal n tolak lamaran dia. Betul orang cakap, cinta itu buta. Janganlah sampai membahayakan diri seperti membunuh diri kalo frust bercinta. Insyaallah, mesti ada penganti yang jauh lagi baik. Pada tunang tersayang, kumbangjingga...terima kasih kerana menerima aku yang panas baran dan garang cm singa ni. Moga hubungan kita kekal hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat kita..Amin..
Sunday, December 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)