Wednesday, November 30, 2011

CINTA



Anda tidak harus selalu menang dalam bertengkar.
Cara terbaik untuk menang dalam sebagian besar pertengkaran adalah diam.
Kerana orang yang yakin bahwa dia benar, tidak akan merasa harus menjelaskan.
Hanya orang yang tidak yakin mengenai pendapatnya, yang akan sibuk menjelaskan.
Salah satu tanda keserasian dalam cinta adalah bila anda bertengkar,
Anda berdua bertengkar dengan tujuan mencari persamaan untuk menjadi lebih erat,
bukan bertengkar dengan tujuan mencari perbezaan,

Cinta yang indah adalah cinta yang menyatukan impian dari dua jiwa,
Cinta adalah kekuatan yang menghormati kebebasan dan memuliakan kebersamaan.
Cinta bukan hanya perasaan yang memabukkan tapi adalah untuk kekuatan jiwa,
yang menghebatkan kehidupan, cinta yang terlepas dari kepentingan nafsu.
Cinta yang membebaskan kita untuk menjadi jiwa jiwa yang kuat dan berani
untuk membangunkan kehidupan yang menjadi rahmat bagi sesama dan alam.

Jangan kita salah mengerti tentang cinta, kerana sabenarnya cinta itu tidak bersalah,
dan sama sekali tidak berniat untuk melukai kita, yang salah ialah kita semasa memilih orang untuk kita cintai.
atau kita mencintai orang yang betul dengan cara yang salah.
Marilah kita pisahkan keindahan cinta, dari kesalahan kita dalam memilih dan mencintai.
Cinta adalah pengisi jarak antara kegembiraan dan kemampuan untuk memaafkan.

RASA DICINTAI MENJADIKAN KITA KUAT,
DAN RASA MENCINTAI MENJADIKAN KITA BERANI.

PENGHARGAAN RUSIA KEPADA PENDUDUK PULAU PINANG

Sebagai seorang ank jati Pulau Mutiara, ini adalah serba skit sejarah Pulau Pinang yang ramai antara kita tidak mengetahuinya dan perlu dikongsi bersama.


KAPAL penjajap Zhemchug yang menjadi mangsa bedilan penjajap Jerman, SMS Emden.



Sungguhpun sejarah menunjukkan kerjasama diplomatik antara Rusia dan Malaysia mula terjalin pada tahun 1967, namun persahabatan antara kedua-dua buah negara yang mempunyai budaya yang cukup berbeza ini sebenarnya telah terjalin pada tahun 1914.
Atas nama kemanusiaan, penduduk Pulau Pinang terutamanya para nelayan telah menyelamatkan anak-anak kapal penjajap Zhemchug yang diserang penjajap Jerman, SMS Emden ketika Perang Dunia Pertama di perairan negara sehingga mengakibatkan puluhan nyawa terkorban.
Dalam tragedi awal pagi 28 Oktober 1914 itu, penjajap Jerman, yang dikemudi Leftenan Komander Karl von Muller telah mengaburi pihak lawan dengan menyamar sebagai kapal Britain sebelum melancarkan serangan terhadap penjajap Zhemchug yang berada di pelabuhan Pulau Pinang.
Zhemchug yang boleh memuatkan 348 anak kapal itu tidak sempat hendak menangkis dua serangan torpedo daripada SMS Emden sehingga ia meletup dan terbakar lalu karam di lautan.

SAAT-SAAT genting pembedilan kapal penjajap Zhemchug dapat diimbas dalam gambar lama ini.



Lebih menyedihkan, tragedi yang lebih dikenali sebagai Battle of Penang itu dilaporkan telah mengorbankan sebanyak 89 anak kapal dan pegawai, manakala 143 lagi mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.
Duta Besar Persekutuan Rusia Ke Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva, berkata, persekutuan itu amat menghargai jasa penduduk Pulau Pinang ketika itu yang telah menyelamatkan anak-anak kapal Zhemchug.
“Terdapat lebih 300 orang anak kapal Zhemchug pada waktu itu. Walaupun ada yang terkorban, ramai telah diselamatkan oleh penduduk tempatan dalam serangan itu.
“Tentera Rusia yang cedera dalam serangan turut diberi tempat berteduh dan dirawat penduduk di rumah mereka,” ujarnya.
Beliau menambah, ia juga mendedahkan bahawa kerjasama di antara kedua-dua negara telah bermula sebelum tahun 1967 apabila Moscow dan Kuala Lumpur menjalin kerjasama diplomatik.
Katanya, sejarah persahabatan dan persefahaman antara rakyat Rusia dan Malaysia telah menguatkan asas untuk perkembangan ekonomi serta kerjasama politik antara kedua-dua negara.

KISAH perang di perairan Pulau Pinang ini secara tidak langsung meninggalkan sejarah yang mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia.



“Pelbagai perubahan telah dilalui tetapi memori dan perasaan manusia tidak pernah berubah serta akan kekal selama-lamanya.
“Bahkan, kami amat terhutang budi dengan masyarakat negara ini terutamanya penduduk Pulau Pinang yang menyelamatkan anak kapal dan pengawai Zhemchug ketika diserang kapal perang Jerman pada tahun 1914 itu,” katanya lagi.
Sebanyak 12 tentera Rusia yang gugur dalam pertempuran tersebut telah disemadikan di Western Road Cemetery, George Town, manakala dua lagi di Pulau Jerejak.
Sementara itu, Atase Tentera Udara dan Laut Persekutuan Rusia (Malaysia dan Brunei), Kapten (Navy) Sergey V. Zhevnovatyy, memberitahu, kubur yang menempatkan dua kelasi Rusia di Pulau Jerejak telah ditemui pada tahun 2005.
“Pada waktu itu, kami telah diberitahu oleh nelayan-nelayan tempatan bahawa terdapat kubur di hutan Pulau Jerejak.
“Apabila meneroka hutan itu, kami mendapati ia masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia lebih 90 tahun. Bagi memastikan keadaan lebih baik pada tahun 2007 ia telah dibaik pulih dan diperkemaskan agar dapat dilawati,” jelasnya.
Setiap hujung bulan Oktober dan awal bulan Mei, kedutaan Persekutuan Rusia akan melawat kedua-dua perkuburan berkenaan untuk memberi penghormatan kepada wira-wira yang gugur semasa Perang Dunia Pertama.
sumber: Berita Kosmo

HUKUM HUDUD UNTUK PENZINA

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR


Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan ke atasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman ke atas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:


“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”


Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman ke atas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah, juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:


“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri, sesungguhnya aku akan potong tangannya.”


Maka dirikanlah hudud ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran ke atas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.


Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan di hadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:


"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".


Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :


1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.


PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;


1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin


Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?


Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.


Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.


HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD


Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi merangsang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis initidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Sel T4 yang sedang diserang oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV)


DOA MENDAPAT JODOH

Mungkin kita selalu beranggapan jodoh dan ajal telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai manusia walau bagaimanapun seharusnya beriktihar...Allah pernah berfirman bahawa 'Tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan usaha kaum sendiri untuk mengubahnya'. Berikut aku ingin kongsikan doa untuk mendapat jodoh. Doa ini merupakan satu iktihar bagi mereka yang masih mencari pasangan hidup mereka. Aku sekadar berkongsi untuk makluman bersama. Sekian.

SURAH AL-ANBIYA' AYAT 89
Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris

Tafsiran Abdullah Yusuf Ali


And (remember) Zakariya, when he cried to his Lord: “O my Lord! leave me not without offspring, though Thou art the best of inheritors.” 

Tuesday, November 29, 2011

RENUNGAN HARI INI

Bersyukurlah kepada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan untuk menikmati pagi yang damai,
di mana kita mampu untuk menjadi pelayan bagi kebahagiaan sesama.
Memulai dari kehidupan yang sederhana dan bersahaja,
meredah semua halangan  terutamanya yang ada di dalam diri,
menjadikan diri kita pelayan bagi kebahagiaan sebanyak mungkin saudara dan sahabat,
menghubungkan dasar hati yang tak jelas antara senyum dan tangis,
membuat kita mengerti lebih dalam lagi, bahwa tugas kehidupan kita
adalah untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,

Semoga yang kita khawatirkan semalam tidak terjadi hari ini,
dan semoga yang kita doakan menjelang pagi tadi menjadi kenyataan
Kita memerlukan rasa khawatir untuk menyegerakan tindakan.
Dan kita memerlukan doa, untuk menjadikan usha sederhana kita
menghasilkan lebih baik daripada yang tadinya tidak mungkin.
Mudah mudahan Allah yang maha sejahtera memudahkan rezeki kita hari ini,
dan menguatkan usha kita bagi sebesar besarnya tugas, yang membahagiakan keluarga dan sesama.

Tidak ada orang yang benar benar menderita.
Sistem perlindungan Allah yang maha penyayang itu,
tidak memungkinkan kita untuk benar benar menderita.
Selama kita masih hidup, semua penderitaan kita adalah peringatan agar kita memperbaiki diri
Janganlah kita menunggu sampai saat saat akhir kehidupan untuk membaiki diri.
Setelah kematian, pintu kebaikan tertutup bagi kita, kecuali untuk tiga perkara.
Harta yang kita tinggalkan, yang berguna bagi kebaikan sesama.
Ilmu yang kita tinggalkan, yang digunakan bagi kebaikan sesama.
Anak yang kita tinggalkan, yang salih dan yang mendoakan bagi kebaikan kita.

Friday, November 25, 2011

MUHARAM DALAM PANDANGAN ISLAM




ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Cuma dalam sebahagian kepercayaan masyarakat Melayu pada hari ini, mereka ada yang mempercayai Muharam ini adalah bulan yang membawa sial sehingga mereka sangat takut untuk menikahkan anak-anak mereka pada bulan ini. Kepercayaan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat jawa khususnya. Wallahualam, setakat kajian penulis tidak ditemui sebarang dalil yang menguatkan kesahihan kepercayaan tersebut. Maka kepercayaan yang tidak dilandaskan kepada dalil yang benar ini, ia hanya tinggal khurafat dan tahyul semata-mata.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Salah faham Muharam
Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang Muharam. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa khusus awal dan akhir tahun hijriah, perayaan maal hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B ‘Ali r.a.

Kata Syaikh Bakr B Abdillah Abu Zaid rahimahullah, “Tiada dalam syariat ini sedikit pun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun Muharam. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bidaah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharam dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali.

Tidak juga ada satu pun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syarak’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syarak’. Ini semua adalah contoh perbuatan bidaah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)

Demikian juga dengan amalan khusus ratapan sempena kematian Saidina Hussein B Ali r.a dan perayaan maal hijrah sempena bertukarnya angka tahun baru hijriah. Tidak ada sama sekali sandaran dalinya dari sunnah Rasulullah SAW mahupun contoh daripada amalan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma’in sedikit pun.

Maka, cukuplah sunnah Rasulullah dan contoh pedoman para sahabatnya sebagai qudwah tauladan dalam beragama.Wallahualam.

Thursday, November 24, 2011

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT VS WANITA MENUTUP AURAT, MANA LEBIH BAIK?



Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam. “Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, ” tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata, “akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
“Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  ”namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
“Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

Tuesday, November 22, 2011

DUA PENYOKONG INDONESIA MENINGGAL DUNIA



Aku terbaca keratan akhbar daripada Utusan Berita Harian mengenai kematian dua penyokong Indonesia ketika perlawanan akhir Sukan SEA 2011, ketika perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia. Sedih dan simpati membaca berita tersebut. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Apa yang aku cuma nk komen disini, alangkah bagus kalau kematian tersebut terjadi ketika manusia berasak-asak menunaikan ibadat kepada Allah di masjid. Sedap sikit telinga mendengar. Walau apapun, mangsa dah ditentukan ajalnya di stadium. Bagaimanapun kita yang masih hidup ini? Cuba jadikan peristiwa ini sebagai iktibar bagi kita yang masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ini. Alangkah bertuahnya kalau kita mati sebagai mujahidin yang berjuang di jalan Allah, fi sabillah....


Berikut merupakan petikan akhbar: 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menyatakan rasa sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA, malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian berkenaan dan sememangnya sesuatu yang malang apabila perlawanan itu dicacatkan dengan sikap penyokong yang ganas dan perosak kini mencemarkan sukan berkenaan serta sepatutnya tindakan berkenaan sudah berlalu.
Polis berkata, dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir itu manakala sebahagian lagi penyokong dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.
Malaysia muncul pemenang menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas tamat perlawanan masa tambahan. - AF 




Sunday, November 20, 2011

BALASAN DI DUNIA

Hari ini, aku nak menceritakan cerita sebenar yang berlaku dikampungku di utara tanah air. Ni adalah berdasarkan pengalaman ayah aku dalam menyembahyangkan jenazah selama lebih daripada 10tahun. 

Ada satu kejadian aneh telah berlaku semasa proses pengkebumikan seorang jenazah ni. Kejadian bermula apabila keranda tidak dapat memuatkan  jenazah walaupun telah diukur sebelum itu. Oleh itu, keranda terpaksa dibuat semula. Walau bagaimanapun, keranda yang telah diubahsuai still tak dapat memuatkan jugak jenazah tersebut. Akhirnya keluarga arwah terpaksa membuat keputusan untuk mengusung jenazah menggunakan kereta mayat tanpa keranda. 

Walau bagaimanapun, seksaan arwah tidak berhenti disitu. Semasa hendak sembahyangkan arwah, tiada imam untuk mengimankan solat jenazah tersebut. So, ayah aku terpaksa mengambil alih walaupun ayah aku bukanlah imam untuk mukim tersebut. Ayah menjadi imam atas dasar insani, menolong saudara sesama islam.


Selepas itu, ketika solat jenazah, semasa nak mengebumikan arwah, tiada orang yang mampu talkin kan jenazah. Sekali lagi, penduduk kampung tersebut meminta bantuan ayahku untuk menyempurnakan talkin untuk arwah. Tetapi disebabkan kekangan masa dan ayah aku telah berjanji untuk menyempurnakan solat jenazah orang lain, ayah aku terpaksa menolak permintaan tersebut. Tak taulah apa nasib arwah tersebut. 

Berdasarkan cerita penduduk yang sama kampung dengan arwah, arwah semasa hidup merupakan 'playboy' dan kaki perempuan. Mungkin ini adalah seksaan di dunia utk arwah untuk dijadikan pedoman kepada semua orang yang hadir utk pengkebumian arwah. 

p/s: moga kita mengambil iktibar dari cerita ini...

Friday, November 18, 2011

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta). Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur. (Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  • Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
  • Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  • Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat. Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan solat fardhu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
  • Solat Subuh - Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
  • Solat Zohor - Barang siapa yang meninggalkansolat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
  • Solat Asar - Barang siapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
  • Solat Maghrib - Barang siapa yang meninggalkan solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
  • Solat Isya' - Barang siapa yang meninggalkan solat Isya',  nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :

Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
·  enam perkara di atas dunia
·  tiga perkara sewaktu hendak mati /ketika nazak
·  tiga perkara sewaktu di dalam kubur
·  tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan

Enam perkara seksaan di atas dunia
  1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya . (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).
  2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya. (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
  3. Tiada dipelihara baginya agama Islam. (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik)
  4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
  5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
  6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam(kafir). Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."

Tiga perkara sewaktu hendak mati / ketika nazak
  1. Dimatikan dalam kehinaan.( rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan)
  2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar.( bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.)
  3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

Tiga perkara sewaktu dalam kubur
  1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali
  2. Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
  3. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama Shwaun-ra'/ Suja’ull-Akra . yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."  Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat. 
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
  1. Datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."
  2. Orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.
  3. ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya. Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59)
Kesimpulannya
Meninggalkan solat secara sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak bukanlah satu perkara yang remeh. Ianya membabitkan status Islam atau Kafir, Neraka atau Syurga. Ketahuilah bahawa solat itu adalah wajib ‘ain dan tiada yang terkecuali darinya walaupun sebesar mana kedudukannya di dunia ini dan di mata masyarakat. Mengabaikannya bermakna anda mengundang kecelakaan yang amat buruk, maka berwaspadalah kalian semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...