PENDAHULUAN
Keluarga adalah satu lembaga di mana dengannya satu generasi menyiapkan dirinya menjadi manusia yang baik, sempurna, jujur, penuh kesedaran dan hidup di atas sistem-sistem yang betul agar lahirlah satu generasi yang sehat dan bertanggungjawab. Selepas berjaya membentuk dirinya sendiri lembaga keluarga ini bertanggungawab pula melahirkan generasi berikutnya yang akan menyambung dan menggantikan mereka pada masa depan. Adalah diharapkan supaya generasi yang akan datang sewajarnya lebih baik daripada mereka sendiri. Berhubung dengan hal ini hanya keluarga yang betul-betul telah herjaya membentuk generasinya dengan sempurna saja yang dapat dijamin boleh melahirkan generasi berikutnya dengan baik atau lebih baik daripada mereka.
PUNCA KEMAJUAN
Oleh sebab itu keluarga adalah benar-benar boleh dikatakan sebagai sumber dan kemajuan, perkembangan, kemakmuran dan kekuatan peradaban manusia. Oleh kerana daripada lembaga yang kecil inilah akan terbentuknya sebuah masyarakat yang lebih besar di belakang hari. Seterusnya sebuah negara yang lebih luas, aman dan makmur. Buruk baiknya keadaan sesebuah negara itu sebenarnya adalah berpunca daripada kedudukan tiap-tiap lembaga yang kecil di dalam negara itu sendiri. Untuk menjamin wujudnya sesebuah negara yang sehat perhatian yang berat hendaklah ditumpukan terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan kemuslihatan keluarga. Maka dari itu di antara berbagai masalah sosial, Islam memberikan perhatian yang banyak sekali kepada persoalan-persoalan yang bertalian dengan keluarga dan memperjuangkannya di atas dasar-dasar yang sehat.
Dalam hal ini Islam hanya mengakui bentuk hubungan yang benar antara lelaki dan perempuan itu ialah dengan melalui perkahwinan yang sah saja mengikut peraturan agama Islam di mana dengan perkahwinan ini tanggungjawab sosial dipegang sepenuhnya oleh yang bersangkutan dan yang mengakibatkan lahirnya satu keluarga. Oleh kerana besarnya tanggungjawab perkahwinan itu maka kebenaran berkahwin itu sendiri terbagi kepada empat keadaan walaupun pada asalnya hukum perkahwinan itu adalah harus:
1. Wajib
Bagi orang yang mempunyai kesanggupan dan kemampuan untuk berkahwin sedangkan ia khuatir dirinya akan tercebur kepada kejahatan jika tidak berkahwin.
2. Sunat
Orang yang mempunyai kesanggupan dan kemampuan untuk berkahwin, di samping itu ia sanggup pula memelihara dirinya dan kemungkinan melakukan perbuatan terlarang. Sekalipun demikian melakukan perkahwinan adalah lebih baik baginya.
3. Makruh
Orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin. Orang ini dibolehkan juga berkahwin tetapi dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan itu.
4. Haram
Orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin, tetapi jika ia berkahwin diduga akan menimbulkan bahaya kepada isterinya.
PERATURAN DAN GANJARAN
Di dalam perkahwinan, Islam menggariskan peraturan yang lengkap bermula daripada seseorang itu merancang hendak berkahwin hinggalah ke peringkat perceraian sekiranya hubungan suami isteri itu tidak dapat diperbaiki lagi. Selepas itu digariskan pula kewajipan tiap-tiap diri berkenaan dalam keluarga itu, sejauh mana berat badan yang ditanggungkan kepada pihak-pihak berkenaan di antara suami isteri itu, sesuai dengan kemampuan, kedudukan dan kekuasaan masing-masing. Di samping itu digariskan pula hukum-hukum yang akan melibatkan ganjaran dan balasan terhadap orang-orang yang patuh atau melanggar peraturan-peraturannya.
Di dalam keluarga itu sendiri, Islam telah memberikan kepada lelaki kekuasaan supaya ia dapat memelihara aturan dan disiplin sebagai kepala keluarga, Islam mengharapkan agar isteri bersikap patuh dan bersama-sama suami menjadi kebaikan dan kebahagiaan rumah tangga. Islam tidak menyukai sistem keluarga bebas tanpa ikatan. Kerana sistem ini akan menyebabkan timbulnya suatu bentuk kehidupan masyarakat yang liar, tidak mempunyai disiplin dan prinsip yang tetap di dalam hidupnya. Disiplin pula hanya dapat dipelihara dengan adanya suatu kekuasaan tertinggi di dalam keluarga. Islam memandang bahawa bapa dianggap layak untuk memelihara tanggungjawab itu.
Walau bagaimanapun ini bukanlah bererti bahawa kaum lelaki telab dijadikan sebagai penindas dalam suatu rumahtangga dan kaum wanita telah diserahkan bulat-bulat kepadanya sebagai suatu barang yang tidak berdaya. Melalui peraturan-peraturan yang digariskan menunjukkan Islam menghendaki setiap individu itu selepas berkahwin menunaikan kewajipannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran. Ini membawa erti apabila seseorang itu melangkah ke ambang perkahwinan bererti telah sanggup memikul suatu beban kehidupan yang amat berat yang berlainan keadaannya dengan sebelum berkahwin dulu. Dengan mengikuti peraturan-peraturan itu sepenuhnya dapatlah dijamin pasangan ini akan hidup dalam ertikata yang sebenarnya, melahirkan zuriat yang saleh, seperti yang dicita-citakan dan yang akan mewarisi mereka di belakang hari. Jika setiap individu sedia memahami dan patuh kepada peraturan-peraturan ini nescaya akan berkuranglah masalah sosial yang semakin bergolak di dalam masyarakat pada hari ini. Dan dengan sendirinya juga tentu akan mengurangkan beban pemerintah dalam bidang sosial.

KAWALAN
Untuk membantu agar lembaga keluarga itu terkawal daripada unsur-unsur yang mungkin menodai kesucian wujudnya lembaga itu, Islam menyediakan pula peraturan-peraturan untuk membersihkan masyarakat dan segala kegiatan yang boleh menimbulkan perbuatan tidak bertanggungjawab atau yang membuka jalan bagi seseorang melakukannya. Di antara peraturan-peraturan itu ialah memelihara bentuk pakaian, sifat sopan santun, batasan pergaulan yang tidak terlalu bebas, terkawal dan menyaksikan pertunjukan gambar-gambar lucah dan membaca buku-buku lucah. Semua itu betujuan untuk memperkuat lembaga keluarga itu dan gejala-gejala buruk.
Setelah memberikan peraturan-peraturan yang begitu rapi, maka di dalam Islam tidak kedapatan lagi sikap bertolak ansur di dalam soal kebebasan persyahwatan yang mana dipandang sebagai suatu tindakan yang memusnahkan akar-akar keselamatan dan kedamaian masyarakat. Oleb sebab itu Islam menetapkan setiap hubungan perkelaminan di luar nikab adalah haram dan merupakan dosa yang besar. Hukuman yang berat ditetapkan kepada siapa saja yang melanggar peraturan ini supaya tindakan-tindakan seperti itu tidak menjadi suatu perlakuan yang biasa di dalam masyarakat.

IMPLIKASI YANG TIMBUL
Tegasnya untuk melahirkan suatu lembaga keluarga yang dikehendaki oleh Islam ialah dengan memastikan bahawa peraturan-peraturan itu telah dipraktikkan di kalangan sesebuah keluarga dan masyarakat itu sepenuhnya, diamalkan dengan amat teliti dan yakin di samping bertegas di atas tindakan-tindakan yang betul. Soalnya sejauh manakah peraturan-peraturan berkenaan telah dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam itu. Sejauh mana pula masyarakat Islam telah berpegang teguh dan patuh kepada peraturan-peraturan Islam itu. Kemudian soal berpegang teguh dan patuh ini pula tentulah timbul daripada sejauh mana kefahaman dan keyakinan tiap-tiap penganut terhadap Islam dan peraturan-peraturannya itu. Gambaran masyarakat yang ada sebenarnya adalah implikasi daripada pelaksanaan peraturan tersebut.
BUKAN PERKARA SULIT
Setakat ini dapatlah dikatakan bahawa perkahwinan itu tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang mudah dan ringan memandangkan begitu besarnya kewajipan yang dipertanggungjawabkan di samping harapan yang begitu besar untuk melahirkan generasi demi generasi yang bakal menganggotai masyarakat dan negara yang mana telah diamanahkan oleh Tuhan rabbul 'alamin untuk mentadbirkan alam ini dengan sebaik-baik yang mungkin. Sungguhpun demikian bukanlah bererti perkahwinan itu terlalu amat sulit untuk dilaksanakan sehingga pihak berkenaan terpaksa mengadakan persediaan berhutang dan bergadai kerana hendak mengadakan perayaan yang besar seumur hidup. Sebenarnya Islam menggalakkan supaya perkahwinan itu dijalankan dengan cara yang paling mudah dan tidak menyusahkan.
Dengan erti kata lain Islam mengecam keras adat istiadat dan upacara yang menyebabkan perkahwinan itu menjadi sukar dan berat dipikul oleh keluarga berkenaan. Hal inilah yang selalu dilupakan oleh masyarakat kita pada hari ini. Perkara yang kurang penting diutamakan.Sekian lama sebelum upacara perkahwinan, pihak keluarga kedua belah pihak telah mula berkorban tenaga dan wang ringgit agar ketika sampai harinya nanti perayaan perkahwinan itu dapat diadakan dengan begitu sempurna dan teratur, tidak siapa daripada orang lain dapat mengikut kebiasaan adat itu. Padahal perkara yang mesti jarang sekali dipersoalkan. Misalnya tidak ramai yang memikirkan apakah anaknya sudah layak berumahtangga atau bagi yang punya diri apakah dia sudah mampu untuk berkahwin?
Sudahkah bersedia dengan persediaan bekalan pengetahuan? Sekurang-kurangnya sekadar yang patut diketahui oleh bakal seorang isteri atau bakal seorang suami. Umpamanya kewajipan menjadi seorang suami, kewajipan menjadi seorang isteri, hukum-hukum yang berkaitan dengan soal suami isteri dan tatasusila hidup berkeluarga. Oleh kerana tidak mengambil berat dalam soal-soal yang demikian, akibatnya ramai pasangan suami isteri tidak mencapai tujuan perkahwinan sebenarnya.
Tidak ada kebahagiaan dalam rumahtangga. Ramai suami yang melalaikan tanggungjawabnya, asyik dengan kepuasan di luar rumah, leka dari kewajipan kepada anak isteri yang tidak ditunaikan sepenuhnya, nafkah tidak diberi dengan cukup, soal didikan dan kemajuan pelajaran anak-anak tidak diambil perhatian. Pihak isteri pula ramai yang tidak menjalankan kewajipannya. Mereka lupa dengan tanggungjawab mengatur rumahtangga dengan baik. Gagal meletakkan dirinya menjadi seorang isteri yang dicintai dan ibu yang disayangi oleb anak-anaknya. Bahkan telah banyak kedengaran pada hari ini para suami yang sering mempermainkan perkataan talak atau cerai kepada isterinya oleh kerana kejahilannya dalam pengetahuan tersebut. Ramai pula para isteri yang begitu lantang menuntut diceraikan oleh suaminya tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa dirinya atau anak-anaknya.
Akhirnya gagallah keluarga ini membentuk generasinya menjadi manusia yang sempurna. Juga gagal melahirkan generasi yang baik atau lebih baik daripada mereka sendiri. Demikianlah serba sedikit gambaran lembaga keluarga menurut pandangan Islam. Petapa besarnya peranan lembaga itu kepada peradaban manusia. Tegasnya lembaga keluargalah yang bertanggungjawab mencorakkan keadaan dan kehidupan sesebuah masyarakat dan negara itu. Damai atau kucar-kacirnya pemerintahan sesebuah negara itu adalah berkaitan rapat dengan susunan tiap-tiap lembaga keluarga di dalamnya oleh kerana setiap individu sama ada yang mengambil peranan sebagai rakyat jelata, ketua, atau pemerintah adalah lahir daripada satu-satu lembaga keluarga.

Sumber: Sinaran Islam, Syawal 1407/Jun 1987 (Tahun 7, Bil. 3, hal. 7-9)
bagus info nie hehe
ReplyDeletesekadar berkongsi info untuk pengetahuan bersama...
ReplyDelete