Saturday, November 5, 2011

APA ITU PTD?


PTD adalah singkatan bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik, bukan Pegawai Tidur Duduk or Pegawai Tiada Duit. Untuk menjadi PTD tidaklah terlalu sukar. Ada 3 peringkat yang perlu anda lalui sebelum anda layak bergelar PTD.
Peringkat Peperiksaan
Ujian kelayakan. Setelah anda berjaya dalam permohonan anda dalam SPA, anda dikehendaki untuk menduduki satu peperiksaan PTD M41. Peperiksaan ini menguji pengetahuan anda dalam bidang kenegaraan, hal ehwal antarabangsa, dasar-dasar kerajaan, isu semasa mahupun pengetahuan am. Soalan-soalan lain adalah merangkumi penyelesaian matematik sebanyak 50 soalan yang hanya mengambil masa 45 minit untuk diselesaikan. Untuk menjawab soalan matematik, anda dinasihatkan untuk mengisi semua kekosongan jawapan walaupun tidak dapat menyelesaikan permasalahan tersebut. Selain soalan objektif, anda juga dikehendaki menulis dua esei berkenaan pelbagai isu. Satu dlm bahasa Melayu dan satu dalam bahasa Inggeris.
Keputusan ujian kelayakan ini akan diumumkan sekitar 2-3 minggu selepas tarikh ujian.Sekiranya anda berjaya dalam ujian kelayakan ini, anda akan dipanggil untuk Public Assesment Center (PAC).

Peringkat kedua – PAC
Disini anda akan melalui pelbagai jenis ujian bagi menguji personaliti, jatidiri, debat, kekuatan fizikal dan juga daya kepimpinan anda. Pelbagai jenis aktiviti akan dijalankan untuk memastikan anda benar-benar layak untuk menjadi PTD. Semasa PAC, anda akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan tertentu. Melalui tugasan tersebut, anda akan dinilai daripada segi kerjasama kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.  
Debat merupakan antara perkara wajib yang akan dinilai semasa PAC untuk menguji pengetahuan dan pengalaman anda berkomunikasi. Selain itu, ada juga sesi ucap umum dalam bahasa Melayu dan InggerisUntuk menguji fizikal anda, ada aktiviti yang memerlukan anda mempunyai daya tahan yang tinggi. Dalam aktiviti berlari 2.4 km mengelilingi tempat PAC dijalankan. Selain itu, senaman fizikal yang paling glamour dalam PTD, iaitu PT10. PT10 adalah senaman yang seakan-akan lompat bintang. Selain itu, ada juga sit up dan juga senamrobik selama setengah jam. Mungkin dengar mudah, tapi bagi yang jarang bersenam, ada juga yang akan surrender awal dan tewas walaupun PAC belum berakhir.

Peringkat Temuduga
Akhir sekali selepas berjaya dalam PAC, anda akan dipanggil untuk satu temuduga terakhir yang akan dikendalikan oleh super senior PTD yng kini menjawat jawatan tertinggi dalam sesuatu jabatan Kerajaan. Kebanyakan panel akan menanyakan status pekerjaan semasa anda, skop kerja anda sekarang. Selain itu, adalah amat membantu sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang luas terutamanya yang melibatkan dasar-dasar kerajaan sedia ada seperti Rancangan Malaysia Kesepuluh, Program Transformasi Ekonomi, Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA), Model Ekonomi Baru dan dasar-dasar lain yang digubal oleh Kerajaan.


Setelah berjaya temuduga, anda akan dilantik sebagai PTD. Tapi perjalanan anda tidak terhenti di situ. Setelah dilantik, anda perlu melalui beberapa lagi proses seperti Kursus Pengenalan PTD M41, Kursus Kecemerlangan Modal Insan, Leadership and Development Camp, Program Penilaian Profesional dan akhir sekali, untuk disahkan dalam perkhidmatan, anda perlu mengambil Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama enam bulan. Sekian, moga dengan coretan ini, dapat membantu anda memahami dengan mendalam apa itu PTD.  Kalau ada masa nnt, aku ceritakan dengan lebih detail apa itu Kursus Kecemerlangan Modal Insan, Leadership and Development Camp, Program Penilaian Profesional dan DPA. Sekian......Lurve Pingu..... 


2 comments:

  1. err..bukan diploma pengurusan awam tapi diploma pentadbiran awam (DPA). =)

    ReplyDelete
  2. pengurusan awam la adik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...