Kali ini aku nak menceritakan pengalaman pelik yang aku alami awal bulan 10 ari2...masa 2, aku dalam perjalanan pulang untuk menghantar tunang aku ke kampung dia terletak di Bagan Tiang, Parit Buntar. Dalam perjalanan 2, kami melalui kawasan bendang sawah padi yang tenang jer...time 2, dah masuk waktu asar... dalam perjalanan 2, aku terpandang sebuah rumah kampung design lama yang masih mengekalkan konsep pembinaan rumah lama iaitu bertiang di bawah. Cantik rumah tu walaupun dah uzur umpama ada orang yang menjaga rumah tersebut dan struktur tiangnya juga masih utuh. Aku pun menegur rumah tersebut depan tunang aku....aku cakap cantik betul rumah 2...lps aku tegur rumah 2, aku baru tau rupanya rumah tersebut telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni setelah tunang aku bgtau.. Tunang aku cakap, rumah 2 sebelum ini dipenghuni oleh sorg lelaki yang kurang waras dan lelaki tersebut telahpun bunuh diri dalam rumah tersebut. Selepas 2, aku memang merasa meremang bulu roma aku. Selepas anto tunang aku, aku terus blk rumah mak ayah aku dkt butterworth, penang. Malam 2, ank buah aku berusia 3bulan terpaksa bermalam di rumah mak ayah aku memandangkan abg dan kak ipar aku kerja malam. Malam 2, ank buah aku asyik menangis jer...Aku sebab penat sangat travel dari Bangi ke Butterworth, tdo mati xsedar diri walaupun ank buah aku asyik menangis jer..Mak aku bangun bancuh susu untuk cucu kesayangannya itu. Time tengah menyusukan ank buah aku dengan botol susu, mak aku ternampak lembaga berbulu hitam merayap dalam rumah aku.. Keesokan hari, mak aku menceritakan hal tersebut kepada aku.. Mak aku ckp sepanjang 35 tahun mak aku dok dlm rumah ini, mak aku xpernah mengalami pengalaman pelik seperti semalam. Bukan setakat mak aku jer, adik bongsu aku gak mengalami pengalaman pelik gak. Pagi keesokan hari selepas kejadian, adik aku ngah bersembang dengan kawan sekolah dia melalui telefon rumah, Time bercakap 2, kawan adik aku terdengar satu suara pelik time adik aku bercakap dalam telefon seperti ada orang yang menyampuk percakapan mereka di belakang, padahal time 2, hanya ada adik aku jer berhampiran telefon tersebut. Selepas itu, aku baru sedar semua itu sebenarnya ada kaitan dengan teguran aku terhadap rumah lama tersebut. Aku punya seram, hampir semingu gak xtdo nyenyak sebab berperasaan seperti ada benda yang mengekori aku. Tapi perasaan 2 lama-lama beransur hilang dengan sendirinya. Kesimpulannya, jangan tegur benda sebarangan dan jangan lupa membaca surah Al-Quran dan sekurangnya al-fatihah sebelum memasuki rumah sekiranya berjalan jauh ataupun lepas balik dari hutan. Hanya sekadar berkongsi pengalaman sebenar untuk renungan kita bersama...
No comments:
Post a Comment