Tuesday, November 22, 2011

DUA PENYOKONG INDONESIA MENINGGAL DUNIA



Aku terbaca keratan akhbar daripada Utusan Berita Harian mengenai kematian dua penyokong Indonesia ketika perlawanan akhir Sukan SEA 2011, ketika perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia. Sedih dan simpati membaca berita tersebut. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Apa yang aku cuma nk komen disini, alangkah bagus kalau kematian tersebut terjadi ketika manusia berasak-asak menunaikan ibadat kepada Allah di masjid. Sedap sikit telinga mendengar. Walau apapun, mangsa dah ditentukan ajalnya di stadium. Bagaimanapun kita yang masih hidup ini? Cuba jadikan peristiwa ini sebagai iktibar bagi kita yang masih diberi peluang bernafas di muka bumi Allah ini. Alangkah bertuahnya kalau kita mati sebagai mujahidin yang berjuang di jalan Allah, fi sabillah....


Berikut merupakan petikan akhbar: 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menyatakan rasa sedih apabila dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA, malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad, berkata pihaknya sedih atas kejadian berkenaan dan sememangnya sesuatu yang malang apabila perlawanan itu dicacatkan dengan sikap penyokong yang ganas dan perosak kini mencemarkan sukan berkenaan serta sepatutnya tindakan berkenaan sudah berlalu.
Polis berkata, dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir itu manakala sebahagian lagi penyokong dikejarkan ke hospital termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma.
Malaysia muncul pemenang menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas tamat perlawanan masa tambahan. - AF 




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...